Corporate Team

Rayuan sumbang kepada Palestin sebagai sokongan moral kepada mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

My Story

UM PEDULI PALESTIN

Pelanggaran hak asasi regim zionis Israel terhadap rakyat Palestin begitu menyayat hati. Sebagai tanda solidariti, Universiti Malaya telah menubuhkan Tabung Kemanusiaan Palestin UM bertujuan mengumpul pendanaan khalayak (crowdfunding). Sumbangan kolektif menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin UM membuktikan keperihatianan masyarakat Malaysia selaras dengan pendirian Kerajaan Malaysia yang memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin.

Penubuhan Tabung Kemanusiaan UM juga untuk memenuhi objektif sebagai saluran sumbangan sahih yang mudah dicapai oleh warga UM, alumni dan seluruh rakyat Malaysia untuk menghulur sumbangan kepada rakyat Palestin secara berkesan bagi memastikan sumbangan yang dikumpul dapat disampaikan dan diterima oleh rakyat Palestin tanpa menggunakan orang tengah.

Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Palestin untuk menampung keperluan-keperluan segera mereka yang berhadapan dengan kekejaman Zionis Israel bertahun-tahun lamanya dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan, pendidikan dan perubatan  serta menampung keperluan-keperluan untuk meneruskan kehidupan dan membina semula Gaza.

Kutipan ini akan diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin dibawah seliaan Kementerian Luar Negeri Malaysia.Ayuh bersama kita menyumbang kepada Palestin, sebagai tanda sokongan konsisten dan tekad untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin.

Recent Donors

Team Members

Comment via Facebook