Personal Challenge

Sebagai sebahagian daripada MAKNA selama 13 tahun yang berpangkalan di Pusat Kanser PPUKM-MAKNA, saya telah mendapat peluang untuk memahami apa sebenarnya kanser kepada pesakit yang mengidapi penyakit tersebut.

My Story

Sebagai sebahagian daripada MAKNA selama 13 tahun yang berpangkalan di Pusat Kanser PPUKM-MAKNA, saya telah mendapat peluang untuk memahami apa sebenarnya kanser kepada pesakit yang mengidapi penyakit tersebut. Juga mendalami bebanan pesakit ketika mendapatkan rawatan, di mana kos rawatan yang tinggi menyukarkan sesetengah pesakit menjalani rawatan susulan.      

Matlamat kehidupan yang paling kuat adalah kita belajar dengan memberi sokongan kepada orang lain. Mendaki Gunung Kinabalu bukan sahaja akan menjadi pengalaman mendaki pertama saya tetapi yang paling penting, cabaran ini akan memberikan keistimewaan untuk menyumbang kepada salah satu daripada sebab-sebab yang paling mulia yang boleh wujud kerana ia menyokong pesakit kanser yang lebih memerlukan untuk teruskan kehidupan.

Erti kehidupan ini bermakna untuk kita semua untuk menghargai setiap saat hidup tanpa berputus asa, mengasihi dan mengambil berat tentang mereka dan memberi yang terbaik untuk menyumbang kepada masyarakat. Dengan ini kita menyokong orang lain dan saya telah memutuskan untuk mendaki Gunung Kinabalu (walaupun tidak mempunyai pengalaman mendaki) sebagai sebahagian daripada MAKNA "Klimb Kinabalu – Fight Against Cancer” kempen 2016 untuk menyokong inspirasi organisasi dalam misi untuk menguruskan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan pencegahan pemyembuhan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam.   

Kumpulan kami seramai 13 pendaki berjanji mengumpul RM100,000 untuk membantu pesakit kanser. Matlamat saya untuk mensasarkan RM5000 semasa perjalanan ini dan dengan bantuan murah hati ANDA, kami akan dapat membuat sumbangan kecil ini berkesan untuk pesakit kanser yang lebih memerlukanya.  

Sekian, terima kasih.

Recent Donors

  • Noraida Amad

    MYR 150 08/04/2016 04:51:59 AM UTC

  • Anonymous

    MYR 75 08/02/2016 03:48:29 PM UTC

Comment via Facebook