Solo

Saya ingin buktikan bahawa kanser bukan penghalang untuk saya mencapai matlamat dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan Kanser tidak melemahkan saya, malah menguatkan saya

My Story

                Nama saya Nor Farizan Binti Faiman dan berumur 37 tahun. Saya seorang penghidap penyakit Kanser Servik.Saya mula di diagnos menghidap penyakit ini pada tahun 2017 ketika saya berumur 35 tahun. Saya telah menjalani rawatan radioterapi sebanyak 25 kali dan Baki terapi sebanyak 2 kali.Penyakit ini menjadikan saya semakin kuat dan tabah melalui setiap ujian yang Allah berikan.             

Hidup saya bertambah bermakna kerana suami,anak-anak serta keluarga dan sahabat handai sering memberikan sokongan yang kuat dan kata-kata semangat kepada saya untuk menempuhi hidup  serta melawan penyakit yang sedang saya hadapi ini.            

Sekarang masa saya banyak dihabiskan bersama  dengan keluarga tersayang serta Kumpulan Sokongan Kanser Support Group dan NGO Kanser Muar.Selagi hayat dikandung badan,selagi itu saya tidak akan berhenti untuk membantu menyebarkan mesej mengenai kanser.

Sokongan dan sumbangan anda adalah untuk membantu pesakit kanser yang amat memerlukan bantuan. Segala bantuan dan sumbangan saya dahulu kan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Regards,

Recent Donors

  • NURUL HUDA OTHMAN

    MYR 75 07/21/2019 04:48:59 AM UTC

Comment via Facebook