Corporate Team

Saya ingin membuat perubahan melalui pengumpulan dana. Dana ini akan digunakan untuk kanak-kanak istimewa untuk melawan buli. Mohon kita sama- sama membantu kanak-kanak yang memerlukan.

My Story

Asalmualaikum dan Selamat Sejahtera.

 Kanak-kanak yang istimewa sering menghadapi beberapa masalah dalam kalangan masyarakat dan sekolah. Salah satu masalah yang sering mereka hadapi ialah mereka selalu dibuli oleh rakan-rakan mereka. Kes buli sering kita perkatakan dan sudah berleluasa di dalam masyarakat kita. Peratusan sang pembuli untuk membuli menjadi lebih tinggi jika mereka menjumpai kanak-kanak yang istimewa.

 Antara salah satu cara untuk menyelesaikan masalah ini, kita boleh mengajar kanak-kanak yang istimewa itu untuk belajar seni mempertahankan diri. Bak kata peribahasa  “sediakan payung sebelum hujan” , kita perlu mempersediakan sesuatu sebelum bencana datang. Dengan melatih kanak-kanak yang istimewa ini, mereka akan lebih bersedia dan boleh menghindari jika mereka menghadapi masalah buli ini. Oleh kerana itu ,masalah buli dalam kalangan kanak-kanak istimewa akan menurun. 

Justeru itu , Pengumpulan dana ini, akan digunakan untuk kanak-kanak istimewa yang memerlukan seni mempertahankan diri demi menghindari masalah buli. Kami berharap agar pengumpulan dana ini akan berjaya.

Recent Donors

Team Members

Comment via Facebook