Team

JOM BANTU ringankan beban ibu bapa yang sedang BERJUANG menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak tahun ini!

My Story

Musim “Back to School” telah bermula. Anak-anak bersemangat minta dibelikan barangan serba baru. Namun, sesi beli-belah kelengkapan sekolah memberi tekanan hebat buat ibu bapa pada musim kali ini. Mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi masa kini, ibu bapa berdepan dengan cabaran perbelanjaan barang dapur dan rumah. Ada keluarga yang tiada lagi lebihan untuk diperuntukkan bagi membeli keperluan lain seperti kelengkapan persekolahan anak2.

Tekanan dan bebanan amat terasa. Tak semua anak dapat serba baru, tak semua anak dapat apa yang perlu. Ada ibu bapa yang akan terpaksa melepaskan anak-anak mereka ke sekolah nanti dengan serba kekurangan. Hati meronta, meraung sehabis mahu, tak siapa yang tahu. 

Anak-anak yang ke sekolah serba kekurangan pasti punya rasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan boleh mengganggu emosi. Pasti mereka juga tidak mahu ketinggalan di dalam pelajaran, tetapi masalah keluarga ini akan tetap memberi kesan.

 JOM PEDULI! Jom sama-sama bantu PERJUANGAN ibu bapa yang menghadapi kesukaran untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2. Kempen “FIGHT BACK TO SCHOOL FUNDRAISING” anjuran PERTUBUHAN PEDULI MASYARAKAT KINTA PERAK dilancarkan di atas permintaan orang ramai bagi membantu keluarga yang sedang berjuang untuk menyediakan kelengkapan sekolah anak2. Permohonan diterima daripada seluruh Malaysia. 

Ada permohonan daripada ibu bapa yang OKU, ibu tunggal yang menanggung ramai anak, ibu bapa yang berpendapatan jauh di bawah paras kemiskinan, ibu bapa yang menanggung keluarga yang besar, ibu bapa yang berdepan juga dengan kos rawatan kesihatan, dan pelbagai lagi masalah yang membuatkan mereka berada di dalam beban kewangan yang sangat berat. 

Jom kita bantu ringankan beban mereka. Kepada keluarga yang masih ada kemampuan, sekiranya ada lebihan setelah membeli-belah, boleh salurkan RM1 untuk kempen ini. Sekiranya ada yang ingin menjual atau sedekahkan pakaian sekolah terpakai yang masih di dalam keadaan baik (termasuklah baju seragam persatuan, kasut sekolah) mohon whatsap kami di 0175528059.  

Semoga Allah membalas insan yang peduli dengan kebaikan berlipat kali ganda atas keikhlasan membantu meringankan kesusahan keluarga yang di dalam kesukaran.

Recent Donors

Team Members

Comment via Facebook