Fundraising Event
Image

NASOM Alor Star Larian Amal 2016

  • 28/08/2016 - 15/12/2016
  • Malaysia
MYR 4,242
2% Complete
Target : MYR 200,000

About Event

Tarikh: Hari Sabtu 5 November 2016. Tempat: Taman Tasik Darulaman, Jitra. Pendaftaran kini di buka.

Pengguna-pengguna perkhidmatan internet boleh mendaftar untuk mengambil bahagian melalui https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe7LOZqIYGQa7_LaUbS4myCapTDtqWKwMh4uw_lm50R9qUbjQ/viewform

Datang lah beramai-ramai ke acara Larian Amal untuk Autisme 2016 anjuran pusat NASOM Alor Star, Kedah. Antara acara-acara yang akan di adakan ialah larian (berjalan pelan-pelan pun boleh) 2.5km, 5km dan 7km (atau apa-apa jarak pun boleh) dalam kategori lelaki, wanita, remaja, kanak-kanak, dewasa, OKU, veteran, pelajar universiti, terbuka, dsb. Semua boleh mai, janji santai, seronok dan ceria. Ada berbagai lagi aktiviti menyeronokkan untuk keluarga dan kanak-kanak yang akan di adakan seperti zumba, memanah, mewarna, mewarna muka, big bubbles, dan paling best - cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah istimewa yang di sediakan oleh berbagai penaja dermawan.

Jom kita beramai-ramai mengambil bahagian sambil menderma dan berkebajikan untuk membantu anak-anak autisme di negeri Kedah di semua peringkat umur di mana jumlah mereka kian menigkat. Sumbangan anda boleh memperbaiki kehidupan dan masa depan mereka. Autisme ialah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak dan proses pembesaran kanak-kanak. Ramai lagi ibubapa yang masih tidak kenal ciri-ciri autisme dan tidak sedar kemungkinan anak-anak mereka menghidap autisme. Tanpa rawatan dan intervensi awal, kanak-kanak autisme mungkin tidak berpeluang untuk membesar dengan cara yang sesuai dan mungkin tidak dapat menjalani kehidupan yang bermakna.

NASOM Alor Star, seperti pusat-pusat NASOM lain di seluruh negara, menawarkan khidmat rawatan, intervensi dan penjagaan anak-anak autisme, dan sokongan kepada ibubapa dan ahli keluarga, dengan kadar mampu. Kos rawatan dan intervensi autisme adalah tinggi dan di luar kemampuan ramai ibubapa yang kurang berpendapatan. Derma dan sokongan dari semua pihak adalah di perlukan supaya NASOM dan NASOM Alor Star dapat menaik taraf pusat intervensi kami, memperbaiki mutu perkhidmatan kami, dan menawarkan khidmat rawatan dan penjagaan kepada lebih ramai anak-anak autisme di negeri Kedah.