Fundraising Event
Image

Help Autism Kids To Get Better With Horse Therapy!

  • 01/06/2021 - 31/12/2021
  • Malaysia
MYR 47
0% Complete
Target : MYR 15,600

About Event

BANTU KAMI MEREALISASIKAN IMPIAN MEREKA!

Kini 1 dalam 160 kanak-kanak di Malaysia menghidap Autism! Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), jumlah ini akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Manakala menurut jangkaan Dr. Stephanie Seneff, salah seorang pakar penyelidik di M.I.T, pada tahun 2035, 1 antara 2 kanak-kanak di dunia akan menghidap Autism. Jumlah ini adalah sangat membimbangkan dan bukan semua keluarga mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas terapi khas untuk kanak-kanak Autism. Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), A+ for Autism telah menemui ramai kanak-kanak Autism yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Mereka turut tidak mempunyai pengetahuan dan pendedahan meluas tentang cara penjagaan dan juga cara untuk menambah baik kehidupan anak-anak Autism ini.

Oleh yang demikian, kami di A+ for Autism mengambil inisiatif untuk mewujudkan tabung derma ini agar kami dapat membantu memberikan dana kepada keluarga yang memerlukan agar anak mereka dapat mengikuti kelas terapi berkuda (Equine Therapy) kelolaan Mashu Therapy dengan harapan agar kanak-kanak ini mendapat manfaat dari terapi yang dijalankan.

Namun demikian, disebabkan pandemik yang melanda negara kini, kami semakin kekurangan dana untuk terus memberikan bantuan kepada kanak-kanak ini.

Diharap, dengan adanya platform sumbangan ini, akan memudahkan urusan kami mencari dana untuk terus membantu mereka. Kami memohon dan mengharapkan bantuan serta kerjasama dari anda untuk meringankan beban kami dan membantu kanak-kanak ini agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih mudah untuk masa depan yang lebih cerah agar dunia kanak-kanak Autism ini tidak selamanya kelam.

Bagaimana untuk mengenal kanak-kanak Autism?

Mereka yang menghidap Autism selalunya mengalami kesukaran untuk berinteraksi secara sosial, berkomunikasi, tingkah laku yang berulang, hyper dan hyposensitiviti, sukar menyesuaikan diri pada perubahan dan juga mempunyai kadar perkembengan cognitif yang tidak sekata.

Sebagai contoh, kanak-kanak Autism ini tidak akan memberikan reaksi apabila namanya disebut atau dipanggil, menghindar dari memberikan pandangan tepat ke mata, gagal untuk mengingati wajah dan memberikan emosi, serta kerap mengulang perbuatan dan tingkah laku seperti berjalan berjingkit atau berlari sambil mengibas tangan.

Selain dari itu, mereka yang hypersensitive akan mudah merasa tidak selesa dan terganggu dengan bunyi-bunyian yang kuat seperti bunyi dari pembersih vakum. mereka juga akan merasa tidak selesa dengan perkara yang nampak remeh bagi manusia biasa, contohnya, jahitan tepi kelim pada pakaian atau juga tag jenama pada pakaian.

Adalah sangat sukar bagi mereka yang menghidap Autism ini untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan keadaan sekeliling tanpa bantuan dari kelas-kelas terapi dan salah satunya adalah terapi berkuda ( Equine Therapy).

 

Bagaimana Terapi Berkuda dapat Memberi Manfaat Kepada penghidap Autism ?

1. Meningkatkan sensitiviti atau kepekaan deria

Keseimbangan dan Spatial orientation atau orientasi ruang akan dirasakan melalui organ deria vestibular yang terletak dibahagian dalam telinga. Organ deria ini akan dapat distimulasikan melalui perubahan kelajuan, arah, dan pergerakan ketika di atas kuda. Aktivit menunggang kuda akan memberikan tindak balas deria secara langsung kepada penunggang. Setiap perubahan pergerakan atau perubahan kelajuan dapat dirasai secara terus oleh penungang. Penunggang juga akan dapat merasai pengalaman deria yang berbeza ketika kuda berjalan di atas pasir, kawasan berlecak, berumput atau diatas permukaan jalan rata.

2. Mempelajari ekspresi muka dan memahami bahasa gerak tubuh

Kuda adalah haiwan yang sangat sensitif pada perubahan emosi. Kuda dapat mengesan sekiranya kanak-kanak tersebut merasa gembira, sedih, atau marah dan perasaan itu akan dibiaskan semula kepada penunggang. Dengan cara ini, kanak-kanak Autism yang selama ini mengalami kesukaran untuk memahami emosi, akan dapat mempelajarinya melalu bahasa tubuh yang disampaikan dan dibiaskan melalu kuda.

3. Mempelajari cara mengawal emosi diri

Keupayaan kuda untuk mengesan, memahami dam membiaskan semula emosi penunggang kepada penunggang tersebut merupakan sesuatu yang penting dan berharga untuk pertumbuhan kendiri. Tindak balas dari kuda ini secara langsung dapat membantu kanak-kanak ini meningkatkan kesedaran terhadap emosi mereka sendiri. Terapi berkuda menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak Autism ini untuk mereka memahami dengan lebih menyeluruh tentang emosi kendiri yang akan membantu mereka membina kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sesama yang lain.

4. Mempelajari untuk saling mempercayai

Kuda adalah haiwan yang sangat kuat waspada dan memerlukan masa untuk manusia memperoleh kepercayaan mereka. Sebelum aktiviti menunggang kuda dijalankan, kanak-kanak tersebut haruslah melalui sesi suai kenal bersama kuda terbabit untuk mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan dengan kuda tersebut. Melalui sesi ini juga, kanak-kanak berpeluang untuk mempelajari cara mendapatkan kepercayaan dan membina hubungan dengan individu lain.

5. Membina hubunagn yang positif.

Setiap sesi latihan terapi berkuda memberi peluang untuk membina hubungkan rapat antara manusia dan kuda dengan satu sama lain. Kanak-kanak Autism akan diajar untuk menyebut nama kuda tunggangan mereka sebelum setiap sesi bermula. Ini membolehkan mereka mempelajari betapa pentingnya untuk memberikan tindak balas atau reaksi ketika nama mereka dipanggil dan juga pentingnya untuk memandang pada mata dan wajah orang yang memanggil dalam membina sesuatu hubungan.

6. Meningkatkan keyakinan pada keupayaan diri dan identiti diri 

Kanak-kanak akan belajar membina keyakinan diri setelah mereka berjaya dan cekap dalam mengendalikan kuda mereka. Mereka adalah digalakkan untuk memberikan arahan kepada kuda dengan menyebut "GO HORSE" atau "WUUU" untuk mengawal pergerakan kuda. Ini secara tidak langsung mengajar mereka kepentingan untuk berbicara dan bersuara untuk menyampaikan isi hati mereka.

7. Belajar menumpukan perhatian

Kanak-kanak akan diberikan beberapa tugasan yang perlu diselesaikan semasa mereka di atas kuda. Kanak-kanak Autism kebiasaannya obsesif terhadap sesuatu benda atau perkara. Dengan cara ini, perhatian dan fokus akan dapat di ajar kerana mereka tidak dapat lari dari menyelesaikan masalah dan tugasan yang diberikan.

 

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Kanak-Kanak Ini Tidak Mendapat Bantuan Yang Mereka Perlukan?

Kanak-kanak Autism sering menjadi mangsa buli dan sering terpinggir dari rakan-rakan sebaya mereka disebabkan kekurangan mereka untuk berinteraksi secara sosial.

Mereka mungkin akan berdepan dengan kesukaran dalam pembelajaran di sekolah harian biasa

Kebolehan dan keupayaan mereka yang terhad serta kecenderungan mereka untuk mengulang gerakan mungkin menyukarkan mereka dalam melaksanakan tugasan harian seperti :

  • merasa tidak selesa untuk mandi pada waktu-waktu berbeza
  • meninggalkan rumah atau keluar rumah untuk melakukan aktiviti luar
  • merasa cemas sekiranya terdapat pelawat di rumah
  • kesukaran untuk menerima dan makan makanan yang baru seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  • tidak mampu untuk menukar tugasan serta-merta serta sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan

Jika masalah ini tidak diperbetulkan, ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjaga diri mereka sendiri apabila dewasa kelak.

Sumbangan Anda adalah sangat MEMBANTU

TERUTAMA BAGI KANAK-KANAK AUTISM DARI KELUARGA YANG KURANG BERKEMAMPUAN!

Kos bagi seorang kanak-kanak untu 4 sesi terapi berkuda adalah sebanyak RM1040 dengan purata RM260 untuk setiap sesi. Kos ini boleh dikatakan adalah sangat rendah jika dibandingkan dengan kelas berkuda yang lain terutama dikawasan bandar. Namun bagi golongan yang kurang berkemampuan, nilai ini adalah sangat besar dan agak membebankan buat mereka. Kos ini merangkumi kos sewaan kuda, upah pengendali kuda, dan juga bayaran tempat latihan. Sangat menyedihkan sekiranya kanak-kanak Autism ini tidak mendapat bantuan dan terapi yang mereka perlukan untuk mereka menambah baik kehidupan mereka.

Dengan platform sumbangan ini, kita akan mampu memberi bantuan kepada 10 atau lebih kanak-kanak Autism yang memerlukan bantuan ini.

Setiap sumbangan adalah amat bernilai buat kami!

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Setiap Sen dan Setiap Ringgit adalah sangat bermakna buat kami. Kami juga amat berharap agar anda dapat berkongsi dan menyebarkan mengenai hal ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang lain.

Teruskan MEMBANTU!

Segala sumbangan dan dorongan anda amat kami hargai, Terima Kasih atas kepercayaan yang diberikan. Moga kita akan dapat sama-sama memberikan kehidupan dan masa depan yang lebih baik buat kanak-kanak ini.

MENGENAI A PLUS FOR AUTISM

A PLUS adalah platform yang berusaha untuk mempromosikan perkara positif mengenai Autism. Selain mempromosikan kesedaran terhadap Autism, A+ turut ingin mengetengahkan "plus" points atau bonus mengenai Autism. Diharap dengan cara ini, pandangan awam terhadap mereka yang menghidap Autism akan berubah dan dunia ini akan menjadi lebih baik buat mereka .

 

WE NEED YOUR HELP!

1 in 160 children that you met in Malaysia has Autism! According to the World Health Organization, the number is increasing each and every year! The NGO A+ for Autism has also found that many families who have a child with autism are underprivileged! They do not have the knowledge of taking care and improve the condition of their kids with autism.

Suitable therapy and assistance are also unaffordable for them. Hence, we, an initiative to help the families had work hard to sponsors them with horse therapy (Equine Therapy), hoping that children with autism are treated with care.

However, our funds are running low and we are unable to support more children.

Today, we are here, acting as a bridge to connect you and the children with autism! We aim to seek help from warm-hearted people like you! Let’s work together and make it a better world for children with autism.

What are the symptoms of Autism?

People with autism are facing problem with social interaction, communication, repetitive behaviours, hyper and hyposensitivity, non-adaptive to changes, and uneven cognitive development.

For example, they are less likely to respond to their names, avoid eye contact, fail to recognize faces and emotion, having repetitive behaviour such as hand flapping and toe-walking.

Other than that, people who are hypersensitive would feel uneasy and disturbed by the noisy sound such as vacuum cleaner or even as small as the seams on clothing. It is difficult for people with Autism to adapt to changes and new environment. Hence, horse therapy (Equine therapy) is here to help them.

 

How does Horse Therapy benefit Autism?

1. Improve Sensory Sensitivity

Balance and spatial orientations are experienced through the vestibular sense organ which located inside the inner ear and are stimulated through direction change, incline, and speed. Riding horses provides direct sensory feedback to the riders. Each movement and speed of horses can be directly detected by riders from the horseback. The sensory inputs are different when the horse is walking on sandy, muddy, grassy or tarred road.

2.     Learn expression and understanding of body language.

Horses are animals that are sensitive to feelings. They are able to detect human’s feeling such as happy, angry or sad, thus, reflecting the feelings back to the rider. Hence, children with autism who are originally unaware of self-emotion are able to be alerted with the nonverbal cues given by horses.

3.  Learn to control self-emotion

The ability of horses to mirror, reflect, and respond to the rider’s emotions is a powerful medium for personal growth. The nonverbal feedback from the horse helps the children with autism to create awareness of self-emotion in order to promote emotional self-control. Equine Therapy provides a non-judgmental environment for children to have a better understanding of their own emotions which is an important skill in regulating behavior and communicating with others.

4.    Learn mutual trust.

Horses are hypervigilant animals that require human to work on gaining their trust. Before the ride, children have to greet and pet the horse in order to build a relationship with it. This session also acts as a chance for children to learn the emotion of trust and ways to build a relationship with others.

5.    Build positive relationships.

Sessions of horse-riding therapy could bond both human and horse closer to each other. Children with autism are taught to call out the name of horses to greet them before riding. This makes them aware that responding to name-calling with eye contact is important in relationship building.

6.    Enhance self-confidence and self-identity.

Children gain a sense of self-confidence and self-esteem once they have formed a sense of competence by learning how to interact and work with their horse. Children will be encouraged to instruct the horse with ‘Go horse’ and ‘Wuuu’ to control the movement of horses. This feedback teaches them the importance of speaking and expressing their thoughts.  

7.     Learn to be attentive.

Children will be given certain tasks to be completed when they are on the horseback. Children with autism are often obsessive with specific things. With this, they could not run away from the task they are not interested in. Attention and focus can be trained.

What if the kids did not get any help?

The kids with autism will get bullied and socially isolated due to lack of social skills.

They might face difficulties in integrating into the general school setting and receive an education.

 Their restricted and repetitive behaviour will also cause them unable to carry out their daily routine such as

  • being uncomfortable to bath in a different time,
  • leaving the house for outdoor activities,
  • feeling anxious when there are visitors at home,
  • eating new food such as vegetables and fruits,
  • unable to switch task and adapt to change of plans, etc.

If these conditions are not treated, it will cause them unable to take care of themselves even in adulthood!

 

Your donations will HELP:

The kids with autism from underprivileged families!

The cost for 4 classes of horse therapy is RM1040 for each child, with an average of RM260 per class. This cost is considered as the lowest in town but it is still unaffordable for certain families. This amount includes the cost for horses’ rental, handler, and venue rental. It is heart-breaking that kids with autism could not get the necessary assistance and therapy to improve their autistic condition.

With this fundraising, you and I could sponsor up to 10 and more kids with autism who are in need!

We are very grateful for the donation of any size!

Many a little makes a mickle! Even as low as RM1 from you is meaningful to us!

 

Keep Help ALIVE!

We appreciate your unconditioned love and support!

 

ABOUT A PLUS FOR AUTISM

A Plus is a platform that strives to promote positivity for people with Autism. Instead of promoting awareness, A+ strives to highlight on the “plus” points of Autism and hopefully by inducing positivity for people towards the word “Autism”, it will make the world a better place for everyone.

 

们需要你!

根据世界卫生组织于2019年的调查,马来西亚的160名孩子中,就有一个是自闭症儿童了,而且据统计,此数字在逐年上涨中

A+ for Autism (简称A+) 是一个关怀自闭儿童以宣导自闭症正面形象为主的非政府组织。据悉,许多来自低收入家庭的自闭症儿童都无法得到适合的治疗,而家长们也缺乏相关的知识,无法改善孩子们的情况。因此,我们A+ 资助了不少家庭,让自闭症孩子们体验马术治疗,得到合适的医治

遗憾的是,A+ 资金有限,无法再赞助更多的孩子得到治疗了

们需要你

在此,A+ 扮演着桥梁的角色,让来自低薪家庭的自闭症儿童能与你连接,把你的爱心传递给孩子们,让他们的世界变得更美好

     

 

 

闭症都有些什么症状

自闭症患者面对着社交难题以及拥有重复性的行为模式。

他们不善于表达与沟通,无法轻松与人互动交流,会回避目光接触,面对着表达需求的困难,以及缺乏与同龄玩伴交往的兴趣。对他们而言,情绪是一个难以明白的东西。他们无法正确琢磨复杂的情绪(例如:不明白喜极而泣的情绪,为什么那个人明明是开心的,却流泪了),也无法正确处理以及表达自己的情绪(会有不明原因的大哭吼叫或大笑)。

另外,自闭症患者拥有重复性行为(重复性挥手或以脚尖步)和独特兴趣行为(例子:着迷与玩具零件的转动)。他们也面对着感官的问题,一些孩子会过于敏感,比如无法承受吸尘机或剃发机的声音和不喜欢被触碰或拥抱。一些孩子也拥有不均衡的思维能力,例如无法理解抽象概念和缺乏危险意识。

马术治疗可以帮助孩子们缓解这些症状。

 

马术治疗如何帮助自闭

1. 强感官敏感度
平衡和空间定位是通过内耳内部的前庭感觉器官来感受,并受到方向的变化,倾斜以及速度的刺激。骑马可以提供骑马者直接的感官反馈, 他们也可以在马背上感受到马的每一个动作以及速度。当马在沙质,泥泞,草皮或柏油路上行走时,感觉输入会有所不同。


2. 习肢体语言
马对于情绪非常敏感,他们能够察觉到人类的快乐,愤怒或悲伤等各种情绪,并且把这些情绪反馈给骑马者。因此,不了解自身情绪的自闭症儿童可以通过马提供的非言语提示来了解自身情绪。


3. 习情绪管理
马敏锐的情绪感知及反馈能力是促进孩子成长的媒介。马的非语言提示有助于自闭症儿童建立自我情绪意识,从而促进自我情绪管理。马术治疗为自闭症儿童提供了良好的环境,使他们能过更好地了解自身的情绪,这是调节自我行为和与他人沟通的重要技能。


4. 建立相互信任关系
马是高度警惕的动物,人类需要努力获得它们的信任。在骑马之前,孩子们需要向马打招呼,以便能够与马建立关系。这个阶段也为孩子提供了学习和了解[信任]以及与他人建立关系的方法。


5. 习建立健康关系模式
马术治疗可以促进与拉近孩子与马之间的亲密关系。在活动期间,自闭症儿童将被教导在骑马前需要说出马的名字并且向它们打招呼。这举动可以让他们意识到通过眼神交流来回应名字的呼唤在建立人际关系中很重要。


6. 强自信,自尊,自我意识,安全感
通过让孩子学习如何与马互动以及合作可以形成一种胜任感,从而使他们获得自信。在马术治疗中,孩子会被指导与鼓励用“Go Horse”和 “Wuuu”来控制马匹的举动。这种反馈可以是他们意识到说活以及表达自己的思想的重要性。


7. 专注力
当孩子们在骑马时,他们将会接受并完成某些任务。由于自闭症儿童通常会沉迷于特定的事物,因此他们将不会逃避或拒绝完成他们不感兴趣的任务,从而可以训练他们的注意力和专注力。

 

 

如果孩子们无法得到治疗,他们

  • 无法进行日常活动
  • 如法适应日常中的小改变,比如不一样的洗澡时间让他们不愿洗澡,客人的来访会使他们焦虑不安,难以带他们出门(例如见牙医) 等等
  • 无法剪头发 (忍受不了细微的见到和剃刀声)
  • 无法上学
  • 没有朋友 (他们其实很渴望关怀和友谊)
  • 被霸凌
  • 长大后仍然无法照顾自己 等等

因此,自闭儿童们迫切需要得到治疗,以免成人后也无法自助。

 

 

您的捐赠能帮助

来自贫困家庭的自闭症儿童

一般的马术治疗收费为RM1040 (4) 平均一课为RM260

 费都将用于场地租借,马匹租借,以及治疗师的费用

 们以赞助10名来自低薪家庭的自闭儿童为目标,向大众募款

愿您能成为我们的一员,携手帮助有需要的孩子们!

 

们很感激您的任何捐赠

涓滴之水成海洋,颗颗爱心变希望。就算只有RM1 的捐赠,也会让我们铭记于心!

 

关于 A PLUS FOR AUTISM

A Plus 是一个致力于为自闭症患者提升正面性。不只是倡导意识,A Plus更致力于提高自闭症的“加点”,并且希望通过提升人们对“自闭症”的正面性,可以是这个世界变得更适合所有人。