Solo

I'm making a difference by raising money for a cause close to my heart. Please support me by donating.

My Story

Pusat Autisme IDEAS merupakan suar harapan untuk kanak-kanak autisme dari keluarga berpendapatan rendah. Dengan tumpuan pada intervensi awal, pendidikan dan terapi, kami memenuhi keperluan untuk 80 pelajar.

Sempena sambutan bulan Ramadan yang mulia, Pusat Autisme IDEAS ingin memohon bantuan anda dalam usaha murni kami dengan bersedekah. Berilah sedekah hari ini dan jadi sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar. Setiap sumbangan, besar atau kecil, akan membawa senyuman harapan kepada anak-anak autisme dan keluarga mereka.

Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”

Riwayat al-Tirmizi (662).

Firman Allah SWT:
الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُم بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
Maksudnya: Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita.
(Surah al-Baqarah: 274)

Recent Donors

Comment via Facebook