Corporate Team

Marilah membantu wanita dan kanak-kanak yang memerlukan! Berani membuat perubahan mulai hari ini!

My Story

Bulan April Meraikan Wanita Sedunia! Ambil peluang untuk beramal dan bantu kami beri sokongan kepada wanita dan kanak-kanak Rohingya di kem pelarian Cox’s Bazar. Keganasan yang memuncak di negeri Rakhine, Myanmar pada tahun 2017 telah mencetus krisis pelarian dunia yang kian merunsing. Sejak Ogos 2017, lebih 745,000 etnik Rohingya telah melarikan diri ke Cox’s Bazar, Bangladesh menurut Kumpulan Penyelarasan Antara Sektor (ISCG), badan penyelarasan bantuan kemanusiaan bagi krisis Rohingya. 50% daripada populasi pelarian Rohingya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak. Antaranya merupakan mangsa keganasan, wanita tua, hamil, ibu tunggal dan wanita kurang upaya. Pada waktu malam, wanita harus berani menghadapi kegelapan demi menggunakan kemudahan tandas kem di kawasan yang dibelenggu isu keselamatan dan pencahayaan yang tidak mencukupi. UN Women berusaha untuk memastikan keselamatan wanita dan kanak-kanak Rohingya sentiasa terjamin serta memperluaskan akses mereka kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pembangunan ekonomi. Bantulah kami memberi sokongan kepada lebih ramai wanita yang memerlukan di rantau ini!

Sempena Bulan Wanita Sedunia ini, berilah sokongan kepada wanita di Cox’s Bazar dan kawasan lain yang memerlukan. Kami perlukan bantuan anda!
Sokongan anda akan membantu: Mewujudkan lebih banyak Pusat Serbaguna UN Women sebagai tempat yang selamat untuk wanita, di mana wanita mendapat sokongan psiko-sosial, penjagaan paramedik, perkhidmatan kesihatan dan kecemasan, serta maklumat yang mampu menyelamatkan nyawa. Menambah kemudahan tandas wanita yang menjamin tahap keselamatan dan sanitasi yang lebih tinggi. Menyokong program latihan kemahiran yang memberi peluang penjanaan pendapatan. Memperjuang kesetaraan gender.
Derma: Setiap dolar membawa perubahan.
Kongsi di media sosial: Kongsi usaha murni anda dengan rakan-rakan di media sosial dan ajak mereka untuk turut serta.
Kumpul dana untuk kami: Sokonglah peluang yang sama rata bagi wanita dengan memulakan program pengumpulan dana anda sendiri! Anda boleh berlari, berenang atau mendaki untuk meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana. Anda boleh membuat ikrar amal sempena hari jadi mereka untuk meminta derma ataupun menulis kisah yang menarik mengapa anda mengumpulkan dana untuk wanita dan kanak-kanak yang memerlukan. Berani membuat perubahan! Muat turun kit pengumpulan dana anda untuk mengetahui lebih lanjut: https://bit.ly/2TDcyRG Ada soalan? Lihat Q & A kami: https://bit.ly/2Tm8gio

Siapa yang anda bantu?
Apabila melihat rumah-rumah dan masjid dibakar, Minara Begum terpaksa meninggalkan segala-galanya dan melarikan diri ke Bangladesh bersama anak perempuannya yang berusia empat tahun. Kini beliau selamat di kem pelarian Cox's Bazar dan sedang belajar menjahit di Pusat Serbaguna UN Women. Bantulah wanita seperti Minara. Baca kisah Minara: http://asiapacific.unwomen.org/en/news-and-events/stories/2018/05/i-am-worried-about-the-monsoon
Sempena Bulan Wanita Sedunia ini, sama-samalah kita jadikan kesetaraan gender suatu realiti.     

Recent Donors

  • Meena Adil

    USD 180 05/29/2019 01:52:05 AM UTC

  • Carmen Layrynn

    USD 25 05/25/2019 09:48:26 AM UTC

Team Members

Comment via Facebook