Corporate Team

Hasil Sumbangan anda akan digunakan untuk pembinaan Pusat Komuniti dipedalaman Sibu

My Story

RAYUAN SUMBANGAN BAGI PEMBINAAN PUSAT KOMUNITI ISLAM KG BARU RANTAU PANJANG, SIBU SARAWAK.

Sebanyak 55 orang islam termasuk kanak-kanak yang memerlukan tempat yang selesa bagi mendalami pengajian tentang agama dan melakukan aktiviti umat islam. 

55 muslim dari 176 penduduk yang menetap di Kg Baru Rantau Panjang  Sibu Sarawak ini tiada tempat berkumpul yang selesa untuk menjalankan aktiviti komuniti dan kelas-kelas pengajian bagi terutamanya bagi mualaf dan kanak-kanak di kg ini.

Sekarang mereka hanya belajar agama di rumah kayu yang hanya memuatkan 20 orang pada satu-satu masa.

Tempat mereka berkumpul juga hanya satu ruang yang tidak besar dan tidak bertutup untuk menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti mereka.

Masjid yang mengambil kira setengah jam dari kg mereka menyukarkan urusan pembelajaran tentang agama terutamanya mereka dari kalangan mualaf yang menetap di kampung itu.

OBJEKTIF
Rayuan sumbangan ini adalah bagi membina satu pusat komuniti Islam yang akan digunakan sebagai surau, kelas pengajian agama dan aktiviti-aktiviti komuniti.

KOS PERBELANJAAN
Sejumlah RM200,000 diperlukan bagi membina pusat komuniti ini ditanah yang telah diwakafkan. Buat masa ini, kami membuka peluang menyumbang sebanyak RM25,000 dahulu.
Kami mensasarkan sumbangan dapat tercapai pada penghujung tahun 2019 supaya hasil pembinaan ini akan dirasai sewaktu bulan ramadan 1441H/2020 untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ramadan. InsyaAllah.

Setiap sumbangan anda amat-amat diperlukan dan layak menerima resit pengeculian cukai daripada Yayasan Ikhlas.

Recent Donors

Team Members

Comment via Facebook