Solo

Bumi kita semakin tenat? Keindahan alam sekitar sudah terancam? Ini kerana perbuatan manusia yang merosakkan keindahan alam sekitar merekalah punca mengapa berlakunya kejadian ini.

My Story

Bumiku Semakin Tenat

Alam hijau indah sekali

Udara segar di pagi hari

Nyaman sungguh di alam nyata

Pokok-pokok menghijaui bumi

Malar hijau di hutan hujan tropika

Air jernih sumber kehidupan

Tiada air tiadalah nyawa

Alam sekitar penentu kitaran hidup

Wahai alam,

Makin hari makin tercemar dirimu

Kau dulu indah tiada kata

Kini berubah sudah

Tiada lagi alam sekitar yang indah

Yang ada cuma pencemaran alam sekitar menghiasi bumi

Langit biru dihiasi asap hitam

Udara segar entah ke mana

Pencemaran udara semua merasa

Sesak nafas dibuatnya

Hutan malar hijau di garisan khatulistiwa menjadi sasaran

Pokok tinggi ditumbangkan

Batangnya dibeli dengan kertas yang bernilai

Dari pokok tinggi kini kau menjadi papan

Hutan yang ada dimusnahkan dengan kejam

Kesannya nanti tanggunglah sendiri

Air tercemar tanpa kau sedar

Sumber kehidupan kau sudah dicemari

Ikan mati

Manusia merana

Air yang jernih menjadi rebutan

Sebelum bertindak fikir-fikirkan

Air tercemar hidupan binasa

Pantai yang indah kian berkurang sudah

Tiada lagi pasir putih yang bersih

Sampah sarap tinggi menggunung

Buangkan saja sampah merata-rata tempat

Akal yang ada tiada guna

Hilang sudah pantai yang indah

Laut biru ditumpahi minyak

Minyak dengan air tidak sekata

Laut yang sudah dicemari tiada ganti

Matilah makhluk ciptaan Tuhan

Bangkai hidupan laut terdampar di tepi pantai

Manusia punca kemusnahan alam

Manusia pencemar alam

Manusia perosak alam

Jadi wahai manusia bangunlah dari mimpi indah

Sedarlah apa yang kau dah lakukan itu

Tanggunglah apa  yang kau telah buat

Selamatkan bumi ini

Sebelum ianya musnah ditangan sendiri

Tolonglah jangan kau yang memusnahkan rumah sendiri

Apa kata anak cucu kelak?

Sekian sahaja daripada insan biasa merindukan alam sekitar yang indah dahulu

Puisi ini dibuat khas untukmu wahai bumiku yang tercinta

Wahai sahabat sekalian marilah kita bersama-sama menyelamatkan bumi kita yang tenat ini 

Pilihlah alam sekitar yang bersih untuk generasi akan datang

Setiap sumbangan anda semua amat bermakna bagi kami di Greenpeace Malaysia

Sekian, terima kasih.


Recent Donors

  • Ainur Yusnelissa

    MYR 10 06/09/2020 01:18:36 PM UTC

  • Shahirah Raja we

    MYR 50 06/04/2020 06:22:11 AM UTC

  • Nurul Anis Nabila Mohamad isa

    MYR 20 06/04/2020 04:57:44 AM UTC

  • RUZANA ANISHA

    all the best to you 🌏

    MYR 80 06/03/2020 08:02:20 AM UTC

  • DESI

    MYR 10 05/19/2020 06:55:58 AM UTC

  • Anonymous

    MYR 10 05/17/2020 09:57:40 PM UTC

  • Aliah Nataesya

    MYR 10 05/17/2020 03:36:56 PM UTC

  • Ath Z

    MYR 10 05/17/2020 12:44:08 PM UTC

  • Puteri Nur

    Safe our Earth! ❤️

    MYR 10 05/17/2020 12:43:28 PM UTC

  • Anonymous

    MYR 10 05/14/2020 03:33:30 PM UTC

Comment via Facebook