Donation Appeal
Raised So Far MYR 1,660
4% Complete
Target : MYR 40,000

About Appeal

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Saya Hamidah Rapaee, seorang content creator di YouTube milik saya yang banyak mengulas tentang isu - isu semasa dan juga membuat pengisian tentang pandangan orang awam mengenai isu yang berlaku Malaysia secara am .

Sejak bermulanya PKP di Malaysia pada 18 Mac 2020 saya selalu melihat kerja amal yang di lakukan oleh Ustaz Ebit Lew , di Facebook dan di Youtube milik beliau dan Ustaz Ebit adalah individu menjadi inspirasi saya dalam melakukan kerja -kerja kesukarelawan . Namun , pada pertengahan bulan April 2020  , Seorang individu yang mendakwa dirinyanya seorang Ustaz telah memuat naik status yang secara tidak langsung mengaitkan Ustaz Ebit Lew telah menimbulkan kemarahan masyarakat . Kesan daripada itu beribu video ,status dan comment di FB dan YouTube  mengkritik individu berkenaan atas tindakkannya memuat naik status yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat namun tidak diendahkan .

Pada 26 April 2020 saya  memuat naik satu video berkenaan individu berkenaan dan kesan daripada itu  telah menyebabkan  beliau menfailkan saman terhadap saya dengan tuduhan telah menfitnah dan menjatuhkan reputasi beliau.

Apabila di saman saya tidak punya pilihan selain dari membela diri saya di mahkamah . Sekiranya pembelaan tidak dilakukan pihak planttif boleh menjatuhkan penghakiman ingkar terhadap saya dan saya boleh di jatuhkan hukum tanpa perbicaraan . Saya mengambil tanggujawab untuk membela diri ,Seperti mana yang semua sedia maklum kos untuk melantik firma guaman adalah tinggi dan sebagai orang biasa saya tidak mampu untuk menanggung kos guaman tersebut.

Dalam pada ketika saya sibuk menguruskan kes mengikut prosedur dan melantik peguam ,Individu berkenaan telah membuat posting di instagram milik beliau meminta saya dilaporkan ke pihak polis seolah -olah saya penjenayah yang berbahaya dan hal ini sangat memalukan saya.

Namun ini bukan kesudahannya , Akibat dari posting beliau , gambar saya mulai tersebar di Malaysia kini dan beberapa page yang lain. Rakyat Malaysia tidak mengenali saya , saya hanya orang awam dan bukan selebriti namun sekarang beliau sendiri yang memperkenalkan saya kepada umum. Tindakkan beliau telah mencemarkan nama baik saya dan memberi kesan secara langsung kepada kerjaya saya .

"SAYA BUKAN PENJENAYAH"

Saya akui saya merasa sangat tertekan dengan tindakkan individu berkenaan .

Saya mengesa rakyat Malaysia yang perihatin untuk menghulurkan sedikit sumbangan pada saya untuk meringankan bebanan kewangan saya dan sebagai tanda sokongan anda semua untuk saya membela diri di Mahkamah . Segala sumbangan dari anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.

BANTU SAYA .

Recent Donors 74

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 10/22/2020 01:21:31 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 10/17/2020 01:37:49 AM UTC

  • Hamba Allah

    MYR 10 09/26/2020 11:09:53 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 09/23/2020 01:37:40 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 20 09/20/2020 02:05:07 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 09/16/2020 01:51:03 AM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 20 09/13/2020 12:56:06 AM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 09/08/2020 11:29:05 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 09/08/2020 12:35:15 AM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 20 09/03/2020 10:37:30 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 09/02/2020 10:35:52 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 08/26/2020 10:21:27 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 08/24/2020 10:15:06 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 13 08/20/2020 10:59:47 PM UTC

  • HAMBA ALLAH

    MYR 10 08/19/2020 10:16:46 PM UTC