Donation Appeal
Image

Membantu Ibu rakan saya memasang besi di kaki selepas kemalangan

  • Malaysia
Raised So Far MYR 0
0% Complete
Target : MYR 10,000

About Appeal

Salam w.b.t.

Ibu kepada rakan adik saya kemalangan.

Beliau merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya.
Ceritanya, Ibu ini menaiki motor mahu menghantar anaknya tingkatan 5 ke sekolah. Tetapi beliau telah dilanggar oleh sebuah kereta yang membuat u-turn di kawasan double line.Sekarang ibu ini terlantar di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Patah kaki kiri dan tangan kanan.

Cerita ini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Ayah rakan adik saya ini (Ija), mempunyai diabetes dan luka di kaki yang agak teruk dan tidak membolehkannya untuk bekerja. Ija pula sedang menghadapi peperiksaan akhir sementer di Institutnya, semasa mengetahui ibunya kemalangan. Ibunya bekerja sebagai cleaner dan itu adalah satu-satunya punca nafkah mereka sekeluarga.

Ija mengetahui ibunya kemalangan apabila melihat gambar dalam whatsapp, bapa Ija tidak memberitahu Ija kerana risau mungkin akan menganggu peperiksaan akhir semesternya.

Bapanya menguruskan kemasukan wad Ibunya dan pelbagai hal lain. Sehingga luka di kaki bapanya kembali bengkak, dan sekarang bapa Ija juga ditahan di wad akibat luka di kakinya.

Adik Ija tingkatan 5 yang kemalangan bersama ibunya kini menjaga ibunya di wad, walaupun beliau sendiri sakit-sakit badan dan bengkak kaki akibat kemalangan.Adik Ija darjah 6 menjaga bapanya di wad lelaki. Adik bongsu Ija kini tinggal bersama anak saudara ibunya. Berumur 5 tahun dan sekian lama tidak berjumpa ibunya yang berada di wad.

Ibunya kini perlu meletakkan besi di kaki yang patah. Malangnya, duit masih tidak cukup. Duit sosco masih tidak dapat dikeluarkan akibat birokrasi.

Saya, Anis Syazwani, secara peribadi akan melawat ibu Ija di hospital dalam masa terdekat untuk bertanyakan khabar. Dan saya melancarkan gogetfunding ini dengan tujuan agar dapat memudahkan pemasangan besi di kaki ibu Ija, dan sedikit sebanyak membantu mereka dari segi kewangan.

Sesungguhnya mereka sebuah keluarga yang tabah dan hanya berharap kepada Allah semata-mata. Menganggap ini semua hanya ujian dari Allah dan tidak meminta-minta. Namun, apalah maknanya mukmin jika melihat saudara yang susah, sedikit pun kita tidak dapat membantu. Erti hidup untuk memberi, insyaAllah bersama membantu Ija dan ibunya serta keluarganya. Semoga Allah menerima amalan kita yang kecil ini.

Nota : Saya akan update perkembangan tentang kes ini serta jumlah terkumpul dalam fb peribadi saya secara public. Sekian terima kasih.

Recent Donors 0