Donation Appeal
Image

WAKAF PUSTAKA DESA

  • Malaysia
Raised So Far MYR 112
0% Complete
Target : MYR 50,000

About Appeal

Tidak semua anak-anak bangsa kita di kawasan luar bandar yang bernasib baik mempunyai akses kepada bahan bacaan yang berkualiti dan terkini. Berbanding dengan mereka yang berada di kawasan bandar, pusat sumber atau perpustakaan di sekolah-sekolah luar bandar ada yang daif serta tidak mempunyai bahan bacaan yang mencukupi serta berkualiti.

Program Wakaf Pustaka Desa merupakan kesinambungan daripada program Pustaka Harapan Budi yang dijalankan pada 2018 (https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1749376495120703&id=195627353828966) Dalam program tersebut, pihak kami telah berjaya mengumpulkan sumbangan bahan-bahan bacaan untuk sekolah-sekolah luar bandar terpilih di Rompin, Pahang.

Pada tahun 2020 ini, Wakaf Pustaka Desa telah mengenal pasti beberapa buah pusat sumber di sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan bahan bacaan untuk kegunaan anak-anak luar bandar. Kekangan daripada segi ekonomi dan faktor lokasi membuatkan anak-anak ini sangat memerlukan bantuan bahan bacaan supaya mereka mendapat pendedahan dan manfaat daripada bahan bacaan. Ini bagi memastikan supaya mereka tidak ketinggalan dengan anak-anak kawasan bandar yang mempunyai lebih akses kepada bahan bacaan yang berkualiti dan terkini.

Dengan sumbangan serendah RM50, anda dapat membantu supaya jurang pengetahuan di antara anak-anak kawasan luar bandar dengan kawasan bandar dapat dikurangkan.

Wakaf Pustaka Desa telah memilih beberapa buah sekolah luar bandar di Kelantan, Perak dan Pahang sebagai permulaan bagi inisiatif untuk tahun ini.

MAKLUMAT PERBANKAN

MAYBANK
512222629449
LEJEN PRESS SDN BHD

JOMPAY
Masukkan Biller Code: 4150,
Ref-1: WAKAF PUSTAKA DESA dan Amaun

SenangPay
https://app.senangpay.my/payment/766149061304913

Untuk permohonan resit, sila emelkan ke [email protected] dengan tajuk email 'Wakaf Pustaka Desa' beserta bukti sumbangan anda. Resit yang diterima layak digunakan untuk tujuan permohonan pengecualian cukai.

Perkembangan Wakaf Pustaka Desa akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman ini.

Terima kasih di atas keprihatinan anda. Ingatlah, selagi ada yang membaca, selagi itulah kita mendapat ganjarannya.

Recent Donors 2

  • Aris Ibrahim

    MYR 92 01/27/2020 06:51:06 AM UTC

  • Benz Asr

    MYR 20 01/24/2020 10:07:36 AM UTC