Segala Pembayaran haruslah melalui Akaun Rasmi
"PERSATUAN KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA" (PKRM) Maybank A/C: 5645 4813 7349
Setiap Sumbangan Layak Untuk Pengecualian Cukai Dibawah
Akta44(6) Akta Cukai LHDN:01/35/42/51/179-6.7798
Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi kami
03-21644999/03-2161 1999
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) menganjurkan program “KEMPEN KESEDARAN NORMA BAHARU PANDEMIK COVID-19”.
Program ini amat dialu-alukan ketika seluruh dunia kini berdepan dengan penularan wabak COVID-19 dan Kerajaan dengan sepenuhnya mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk bersama-sama membendung wabak.
Sememangnya Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk membendung dan mengurangkan kadar jangkitan kes positif COVID-19 dan penglibatan PKRM secara langsung akan membawa kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, dan bangsa dalam memberikan informasi terkini serta memberikan nasihat, panduan, edaran bantuan kit keselamatan dan juga sumbangan barangan keperluan asas supaya tidak ada mana-mana individu itu terlepas daripada keprihatinan kerajaan.
Menerusi inisiatif penerbitan dan kempen ini, saya berharap program ini akan sampai kepada semua lapisan masyarakat dan bersama-sama kita mengamalkan SOP yang ditetapkan dan memutuskan rantaian COVID-19 tersebut.
Kami berharap inisiatif yang diambil oleh PKRM ini akan disambut baik oleh semua pihak melalui program jalinan kerjasama tanggungjawab sosial syarikat (CSR) samada secara langsung ataupun melalui pendekatan melaksanakan kerja-kerja amal (Corporate Shared Value) CSV.
Kami menggucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha murni kempen ini, insyAllah, berkat sokongan, kebersamaan dan komitmen kita semua saya berdoa mudah mudahan kita akan berjaya mengatasi pabdemic COVID-19 tersebut.
#WeServeWithLove
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia