YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Malaysia     Children,Disability,Disaster Relief,Education,Emotional Support,Environment,Health,Mental Health,Poverty,Welfare

Fundraisers ( 3 Results )

Fundraising for:
YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Setiap tahun, kita sebagai rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada setiap 31 Ogos.Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang bernasib baik di Malaysia, dengan membantu menyediakan bekalan makanan asas dan keperluan untuk mereka menyambut bulan Kemerdekaan Malaysia seperti insan yang lain.Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka ke-66 adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) sejak dari awal penubuhannya lagi. Mengapa Kembara Merdeka dijalankan setiap tahun oleh YFBM? Kembara Merdeka ini mempunyai objektif seperti:Bantu keluarga asnaf dari golongan terbawah B40 dengan sumbangan barang-barang keperluan asas supaya ianya dapat memberi sedikit ruang kelegaan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka saat ini. Mungkin usaha kita dapat kurangkan sedikit tekanan emosi dan hindarkan dari trauma dan kemurungan.Pamerkan keprihatinan dan kepedulian masyarakat Malaysia kepada golongan asnaf B40 terbawah di luar sana yang hidup terhimpit dengan keadaan ekonomi semasa dan kenaikan harga barangMenyemarakkan semula semangat patriotik didalam masyarakat Malaysia dengan mengedarkan Bendera Malaysia kepada kesemua penerima bantuan, menyemarakkan sesi serahan dengan nyayian lagu patriotik dan memberikan penerangan tentang erti kemerdekaan.Layari https://www.yfbm.org/kembara-merdeka-2023/ untuk lebih lanjut.  

Read More →

Raised So Far : MYR 0

Target : MYR 300,000


Fundraising for:
YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka 65, ini adalah kesinambungan program Kembara Merdeka yang dilaksanakan oleh YFBM sejak dari awal penubuhannya lagi. Tujuan misi kali ini adalah bagi menyemarakkan semula semangat patriotik didalam masyarakat Malaysia dengan mengedarkan Bendera Malaysia kepada kesemua penerima bantuan dalam masa yang sama membekalkan makanan asas kepada mereka. Beberapa jajaran untuk misi ini telah ditentukan dengan anggaran 1000 lebih kumpulan sasar mendapat manfaatnya. Selain itu, YFBM juga akan memberikan penerangan ringkas tentang erti kemerdekaan agar semangat kemerdekaan sentiasa membara di jiwa rakyat Malaysia. Sebagai tanda sokongan, ayuh bersama-sama kita menyumbang bagi menzahirkan Misi Bantuan Kemanusiaan Kembara Merdeka 65 tahun ini. Berpakat Bantu Masyarakat!    

Read More →

Raised So Far : MYR 0

Target : MYR 50,000


Fundraising for:
YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA

Hello! We are E-Therng, James, and Erica, and we want to fundraise money to donate to the Yayasan Food Drive. Our community has been ravaged by the COVID-19 pandemic and the recent floodings, leaving many people starving. Because of that, we aim to raise money in order to donate to people who desperately need food.  

Read More →

58%

Raised So Far : MYR 437

Target : MYR 750